Friday, 19 February 2016
['R3CYCL3' @ 'LET IT GO'?]
Bukan barang-barang sahaja yang perlu di 'recycle' atau di ' let it go'
MEMORI pun perlu di 'recycle' atau 'let it go'.
Masa bila pula tu?
Memori yang baik dan gembira perlu di 'recycle'.
Memori yang buruk atau sedih mesti di 'let it go'.
Kenapa?
Waktu bila nak 'recycle' atau 'let it go'?
Memori yang baik di 'recycle' sewaktu kita rasa down , sedih, marah, kecewa dan segala sifat negatif / mazmumah.
Memori yang buruk perlu di 'let it go' bila kita nak bersangka baik terhadap seseorang.
Contoh,
Kita pernah kecewa bercinta,
Yang perlu kita simpan adalah memori bagaimana kita atasi kekecewaan itu dan berkongsi dengan orang yang baru mengalaminya.
Tetapi memori dengan bekas kekasih tu perlu di 'let it go'.
Nak 'let it go' macam mana?
Macam susah je...
Boleh...
'Let it go' dengan memaafkan dia, bersangka baik dengan Allah, fikir positif, mungkin ada hikmah di sebalik apa yang berlaku, Allah Maha Mengetahui, pujuk diri, mengakui kesalahan, dan yang PENTING: memaafkan diri sendiri.
Tu salah satu contoh.
Contoh 'recycle'?
Bila Allah uji dengan konflik atau krisis dengan orang yang rapat dengan kita, kita 'recycle' memori kebaikan dia pada kita dan kenangan manis yang pernah kita lalui bersamanya. Ditambah dengan sabar yang akan Allah ganjarkan sesuatu yang tak pernah kita jangka.
Saya suka kejutan, bila Allah uji, fikir positif, Allah akan beri kejutan yang sangat berharga dan tidak terjangkau oleh fikiran. Best kan?
Syurga itu terlalu mahal, hanya orang yang terpilih sahaja yang akan ke sana.
Tapi, jangan pernah putus asa berusaha untuk ke syurga walaupun kita rasa sangat tak layak...
Dan jangan lupa doakan orang-orang yang kita sayang masuk bersama-sama kita ke syurga dengan RAHMAT ALLAH dan SYAFAAT RASULULLAH SAW.
Syurga itu sangat luas untuk duduk sorang-sorang.
Pendosa yang berusaha mencari redha Allah dan Rasulullah SAW.
Afrah Alhana binti Ahmad Kassim
Muadzam Shah, Pahang
19.02.2016
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment