Saturday, 3 February 2018

Mudahnya mandikan kucing... meow...

Assalamualaikum wbt...
Saya ingin kongsikan teknik mudah memandikan kucing. Berapa ramai daripada anda yang nak tahu tips tersebut say meow meow... hehe...

Bahan-bahan yang diperlukan:

1. Kucing yang ingin dimandikan
2. Air suam yang mencukupi. Ada shower air suam lagi best!
3. Shampoo kucing. Biasanya saya gunakan shampoo atau showercream untuk baby bila tiada shampoo kucing.
4. Tuala saiz sederhana, tidak terlalu kecil atau terlalu tebal n besar.

Cara-caranya ialah:

1. Bawa kucing ke bilik mandi yang tertutup, letakkan di tempat yang selesa untuk memandikannya.
2. Mula menjirus badannya dengan air suam dari kaki perlahan2 dan naik ke atas juga perlahan2. Ini untuk elak dia terkejut. Sebab tulah shower air suam sangat praktikal, kerana mudah kita kawal air berbanding guna cebok.
3. Scruff di kulit leher dan bubuhkan shampoo. Teruskan menggosoknya sehingga rata keseluruh badan. Berhati2, elakkan terkena mata, melainkan ia shampoo yang tak pedihkan mata.
4. Bilas dengan air suam dari kaki sambil menggosokkannya dan tidak lepaskan scruf. 
5. Apabila badan telah dibersihkan, lap menggunakan tuala  sehingga kering.
6. Rehatkan dia dengan memberi makanan kesukaannya atau beri ruang untuk bebas.


Mudahnya mandikan kucing, kan?

Dr. Yana
Muadzam Shah
4 Februari 2018

No comments:

Post a Comment