Monday, 13 April 2015
[TIPS BERTEMU JODOH YANG SESUAI]
Setiap kali jumpa kawan-kawan yang masih bujang trang tang tang, tips DMFK inilah yang saya pesankan kepada mereka.
Niat kena ada...
Ketika melangkahkan kaki keluar rumah, berniatlah sekurang-kurangnya 10 niat atau lebih. Contohnya:
1. Pergi kerja kerana Allah
2. Setiap rezeki yang diterima itu halal dan diberkati
3. Beri manfaat pada sesiapa sahaja atau apa sahaja
4. Senyum dan tebarkan kasih sayang ke seluruh alam
5. Buat apa pun dengan ikhlas tanpa mengharapkan balasan
6. Belajar sesuatu yang baru setiap hari
7. Temukanlah dengan jodoh yang sesuai, pasangan hingga ke syurga
8. Solat fardhu di awal waktu
9. Jadi orang yang menyelesaikan masalah, bukan punca masalah
10. Beri yang terbaik dalam apa jua yang diusahakan
11. Berterima kasih kepada orang disekeliling walaupun sumbangannya sangat kecil
12. Mohon maaf atas kesalahan yang sangat kecil
13. Beri perhatian kepada sesiapa yang berbicara dengan kita
Dan lain-lain niat kerana niat juga adalah doa.
Apa kita fikir,
Apa kita cakap,
Apa kita rasa,
Apa kita buat,
Semuanya adalah DOA.
Semoga bertemu jodoh yang ditunggu... Ameen...
afrahalhana
Muadzam Shah
23 Jamadil Akhir 1436H
13 April 2015
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment