Kisah 1
PRU ke-8, tahun 1995.
Masa tu saya di Tingkatan 2, Sekolah Menengah Agama Pelangai yang baaaanyak JASA.
Mak abah sibuk sepanjang hari. Jadi kerani mengundi.
Kami di rumah pun sibuk dengan aktiviti sendiri.
Masa tu kami duduk di kuarters guru belakang Sekolah Menengah Seri Pelangai.
3 bilik, 1 bilik air, 1 tandas.
Isi rumah semua sekali 7 orang. Mak, abah, saya, Caer, Yanti, Ida, dan Wani.
Setakat masak yang mudah-mudah, kami ada Ida yang suka masak.
Dia campak je, rasanya tetap sedap.
Peristiwa yang tak boleh lupa hari pilihanraya itu ialah, selaku senior, saya telah mengarahkan Yanti dan Ida pergi ke kedai runcit hanya untuk membeli gula.
Sebab kami nak bancuh air teh 'o' dan Sunquick, gula dah habis.
Jarak kedai dari rumah lebih kurang 500m, naik basikal.
Pakcik kedai: "Nak beli apa dik?"
Yanti/Ida: " Bagi gula 5kg"
Pakcik kedai: "Nak buat apa gula banyak-banyak ni?"
Yanti/Ida: "Nak buat air". Jawab mereka penuh yakin.
Sampai rumah.
Saya: "Ya Allah, banyaknya!"
Yanti/Ida: "Tadi suruh beli 5kg, nilah dia."
Puncanya, beberapa minggu sebelum itu, sebagai seorang yang 'curious' bertanya:
Saya: "Mak, berapa kg gula dalam beg plastik ni?"
Mak: "5kg".
Maka, otak saya sudah simpan maklumat yang gula sebesar plastik 2kg tu = 5kg.
Kisah 2
Kenduri Alang 3 minggu lagi.
Kami perempuan-perempuan ni pakat nak pakai seragamlah kenduri nanti.
Adik pun bertungkus lumus menerokai Instagram, mengikut sebanyak-banyaknya penjual baju kurung, jubah, tudung yang cantik dan murah.
Konsep alah membeli menang memakai tidak diaplikasikan waktu ini.
Cari punya cari, kami sepakat dan bersetuju nak beli warna ala-ala gambar ni.
Plain. Kosong. 'Lace' akan ditambah kemudian. DIY. Masa tu keputusan PRK Rompin belum keluar.
Setelah pengumuman keputusan dibuat, terlintas pulak di hati nak sahkan tema baju dengan bakal pengantin.
Haru! Bakal pengantin sokong Hijau yang kalah, kami pulak nak pakai tema Biru.
Hahaha... Warna je pun.