Showing posts with label Made in Malaysia. Show all posts
Showing posts with label Made in Malaysia. Show all posts

Saturday, 16 January 2016

[PENTERNAK KREATIF - WAD ANAK KAMBING]

Kopi memberi kerjasama yang baik untuk menjadi model pesakit.

Susu juga ingin bergambar bersama kopi.

NAMA PRODUK: WAD ANAK KAMBING

KEGUNAAN: Tempat untuk anak kambing yang lemah atau lambat berdiri.

KELEBIHAN: 1. Boleh laras mengikut saiz anak kambing dengan melaras bahagian tepi kotak tersebut. (Gambar kedua)

2. Membantu anak kambing berdiri untuk menyusu dengan bersandar pada dinding kotak.

CREDIT: Kopi, Susu & Pakcik Khanna.


Monday, 13 April 2015

[KETUPAT PALAS]

Add caption

Sebelum berkahwin, pandai makan je. Buat? Tak ambil tahu.
Tapi... Selepas berkahwin, inilah menu wajib setiap tahun.
Tak susah rupanya...

Bahan-bahan & keperluan:

1. Daun palas

2. Beras pulut

3. Santan

4. Air

5. Garam secukup rasa

6. Orang yang nak membalutnya ;)

Cara-caranya:

1. Tanak beras pulut dengan air, santan dan garam secukup rasahingga separuh masak

2. Letakkan dalam besen dan sejukkan seketika.

3. Sementara menunggu pulut sejuk, sediakan daun palas dengan menceraikannya sehelai-sehelai. Buka daun dan lapis 5 helai, kemudian buat balutan kosong ketupat palas.

4. Balut pulut separuh masak dalam daun palas. Untuk mudah dikira, ikat tangkai setiap 10 ketupat yang siap dibalut.

5. Selesai membungkus semuanya, kukus dan siap!

Boleh dimakan begitu sahaja atau bersama rendang, kari, sambal mengikut kegemaran masing-masing.

Ada kesempatan, saya post gambar berkaitan untuk rujukan.

SELAMAT MENCUBA!

afrahalhana
MUADZAM SHAH
23 Jamadil Akhir 1436H
13 April 2015