Monday, 13 April 2015

[KETUPAT PALAS]

Add caption

Sebelum berkahwin, pandai makan je. Buat? Tak ambil tahu.
Tapi... Selepas berkahwin, inilah menu wajib setiap tahun.
Tak susah rupanya...

Bahan-bahan & keperluan:

1. Daun palas

2. Beras pulut

3. Santan

4. Air

5. Garam secukup rasa

6. Orang yang nak membalutnya ;)

Cara-caranya:

1. Tanak beras pulut dengan air, santan dan garam secukup rasahingga separuh masak

2. Letakkan dalam besen dan sejukkan seketika.

3. Sementara menunggu pulut sejuk, sediakan daun palas dengan menceraikannya sehelai-sehelai. Buka daun dan lapis 5 helai, kemudian buat balutan kosong ketupat palas.

4. Balut pulut separuh masak dalam daun palas. Untuk mudah dikira, ikat tangkai setiap 10 ketupat yang siap dibalut.

5. Selesai membungkus semuanya, kukus dan siap!

Boleh dimakan begitu sahaja atau bersama rendang, kari, sambal mengikut kegemaran masing-masing.

Ada kesempatan, saya post gambar berkaitan untuk rujukan.

SELAMAT MENCUBA!

afrahalhana
MUADZAM SHAH
23 Jamadil Akhir 1436H
13 April 2015

[PERNAH DAIL 999?]

BAGUS perkhidmatan ini.

Kali pertama saya mendailnya untuk memanggil ambulan, 8 tahun lalu.
Kemalangan di dalam terowong Lebuhraya Karak-KL, menghala ke Karak.
Nyaris-nyaris kami semua di langgar trailer sewaktu membantu seorang lelaki yang kemalangan akibat tertidur semasa memandu motosikal.
Pada waktu itu, ambulans tidak datang kerana ada seorang hamba Allah yang sudi menghantarnya ke Hospital Bentong.

Hari ini, akibat dari pembakaran yang dibuat oleh staf di hadapan pejabat, saya mendail lagi nombor 999.
Sangat PANTAS!
Tidak sampai 5 minit saya meletakkan gagang telefon, BOMBA sudah berada di perkarangan pejabat.
Mula-mula memang 'amaze' juga, tetapi apabila difikir semula, memanglah cepat mereka sampai ke tempat kami, jarak Balai BOMBA hanyalah 1 kilometre. Hahaha...

Apapun, terima kasih BOMBA Muadzam Shah yang membantu memadamkan kebakaran di kawasan belukar pejabat kami. Jasamu dikenang.

afrahalhana
Muadzam Shah
23 Jamadil Akhir 1436H
13 April 2015

[TIPS BERTEMU JODOH YANG SESUAI]




Setiap kali jumpa kawan-kawan yang masih bujang trang tang tang, tips DMFK inilah yang saya pesankan kepada mereka.

Niat kena ada...

Ketika melangkahkan kaki keluar rumah, berniatlah sekurang-kurangnya 10 niat atau lebih. Contohnya:

1. Pergi kerja kerana Allah
2. Setiap rezeki yang diterima itu halal dan diberkati
3. Beri manfaat pada sesiapa sahaja atau apa sahaja
4. Senyum dan tebarkan kasih sayang ke seluruh alam
5. Buat apa pun dengan ikhlas tanpa mengharapkan balasan
6. Belajar sesuatu yang baru setiap hari
7. Temukanlah dengan jodoh yang sesuai, pasangan hingga ke syurga
8. Solat fardhu di awal waktu
9. Jadi orang yang menyelesaikan masalah, bukan punca masalah
10. Beri yang terbaik dalam apa jua yang diusahakan
11. Berterima kasih kepada orang disekeliling walaupun sumbangannya sangat kecil
12. Mohon maaf atas kesalahan yang sangat kecil
13. Beri perhatian kepada sesiapa yang berbicara dengan kita

Dan lain-lain niat kerana niat juga adalah doa.

Apa kita fikir,
Apa kita cakap,
Apa kita rasa,
Apa kita buat,
Semuanya adalah DOA.

Semoga bertemu jodoh yang ditunggu... Ameen...

afrahalhana
Muadzam Shah
23 Jamadil Akhir 1436H
13 April 2015